:: Masih lagi….

Alhamdulillah. Saya selamat sampai di sini malam tadi. Sepanjang memandu tu saya dah berkira-kira nak update page ni sesudah sampai tapi kudrat kecil saya ni x mampu pulak. Tertidur saya…Eh, saya mulai rasa yang saya ni semakin tidak berkualiti memandu malam2. MySpaceYa Allah, jangan Kau tarik nikmat satu yang ada ni. Agak sukarlah saya nanti kalau saya tidak boleh memandu waktu malam. Dengan keadaan saya yang akan berseorangan ini….macam mana lah kalau betul2 nikmat tu di tarik sepenuhnya. Mintak jauh Ya Allah….

Oh…maaflah kalau entry saya sebelum ni agak mengikut emosi sedikit. Ye lah…rasa badan macam dah sihat tapi sebenarnya tak sihat, agak emosi lah saya sedikit. Bercelaru pun iya juga. Macam2 dah ada terlintas di kepala. Badan saya ni satu je (ada ke orang ade 2 badan?huhu) Then mungkin dikuatiri ada yang tidak berapa fungsi dengan baik.huhu. Kan? apa perasaan awak2 semua. Walaupun hanya dikuatiri tapi sangat menguji saya lah. Kalaulah saya boleh pinjam badan orang lain, badan saya ni saya keluarkan, saya pergi service dan sementara tu badan yang saya pinjam tu saya guna untuk meneruskan kehidupan saya…kan senang. kan? huhu…wish je la kan.sebab benda tu x kan dapat dan x kan berlaku..
MySpace

Tiada apa pun yang menarik untuk saya kongsi untuk entry kali ini. Tapi sebenaranya kalau saya sedang memandu tu kan…macam2 topik yang saya dah pikirkan nk kongsi dekat sini. Tapi bila dah depan mata untuk menaip, cerita lain pulak keluar. Ntah apa2 kan diri? Tu yang menyampah tu.Orang nak berblog, diri pun nak.Tapi nak cerita, x tahu nak cerita apa.MySpaceNak kongsi resepi? haha..mesti lah x. Saya macam suka je tengok blog kawan2 yang kongsi resepi mereka. Saya teringin nak sebegitu tapi saya x reti masak. Masa nak masak pun x da. AH! enoughlah diri! Macam2 alasan bagi yer…..MySpace. Camne pun, saya masih lagi mahu berblog walaupun blog saya ni macam x berapa nak ada identiti 😛

Eh..okeh lah. Bau nasi ayam memanggil2 saya untuk makan. Saya sudah ada rasa nak makan semua sekarang. Walaupun masih terasa ombak jahat di dalam perut lagi. Doakan saya sihat sepenuhnya  yer. Saya masih anyak hutang di dunia dan akhirat lagi yang belum saya sudahkan…

Sampai nanti ya! 

p/s: Ada mood cari icon.tu yg ada.rasa suram pulak sbb dh lama x da gmbar…

Advertisements

:: Engkaulah Gadisku..

Gadisku….

Bila engkau berkenalan dengan seseorang yang engkau tidak pernah tahu kewujudannya sebelum ini, berterima kasih lah engkau kerana Allah telah menghadiahkan sesuatu kepadamu. Bila engkau sudah mulai menyayangi seseorang itu, bersyukurlah Allah telah memberikan kamu satu perasaan yang suci. Janganlah kamu dustai hatimu itu.Jagailah perasaanmu itu wahai gadisku kerana kasih sayang itu sukar diwujudkan dan sukar untuk semua orang memilikinya.

Tetapi gadisku,

Apabila engkau sudah menyayangi seseorang itu, berpada-padalah engkau dalam menyayanginya wahai gadisku. Janganlah engkau menyayangi dirinya lebih daripada tuhanmu. Janganlah engkan menjauhkan diri dari penciptamu. Janganlah engkau mulai mengikari penentu takdirmu itu gadisku. Jangan sesekali berbuat sebegitu gadisku. Sesungguhnya Dia akan berjauh hati darimu. Kerana engkau telah melupakan bahawa Dia lah yang menghadiahkan seseorang itu kepada engkau. Kerana Dia lah yang memberi perasaan suci itu kepada engkau.

Gadisku,

Disebabkan seseorang, engkau telah menjarakkan dirimu dengan Dia. Engkau sudah berkira waktu untuk mengahadapNya. Nauzubillah…gadisku, janganlah jadi begitu. Sesungguhnya Dia lagi menyayangi dirimu dari seseorang yang telah dipinjamkan kepadamu. Dia terlalu menyayangimu dan menarikbalik hadiah yang diberi kepadamu gadisku. Kerana disebabkan hadiah itu engkau telah menjauh dari Dia…oh gadisku..

Dan gadisku,

Fikirlah kembali apa yang berlaku kepadamu kini setelah orang yang engkau sayang itu tiada lagi dalam hidupmu. Segala perkara yang kurang enak ditanggungi dirimu bersendiri tanpa seseorang yang pernah dirimu sayangi. Ketika engkau dibebani, disakiti..di manakah seseorang itu wahai gadisku? Adakah dia juga menanggung kesan sepertimu?Engkau sahaja yang bersusah2 menanggung bebannya dan seseorang itu tiada ambil tahu. Adakah itu terjadi kepadamu kini wahai gadisku??

Ingatlah gadisku..

Burukkah engkau, sopakkah engkau, cacatkah engkau, hanya ALLAH sahaja yang bersamamu. Bersyukurlah kepadaNYA atas perasaan yang dipinjamkan sekejap kepadamu. Dan ingatlah gadisku, kembalilah kepadaNYA. ……

 

 


:: Hari ini…

Tarikh hari ini cantik ke? biasa jer rasanya….11.1.11…untuk orang yang x kisah pasal nombor macam saya ni memang x da maknanya lah nk nombor2 cantik ni..hahaha…tapi….1.11.11 akan saya hitung harinya..hahahah…

eh..okeh la..bukan nk cerita pasal tarikh yang cantik ke ape ke. saja jerk nak share cerita untuk hari ini. Saya masih di ofis lagi ni. Sekarang dah pukul 1952 untuk jam handphone saya. actually saya x tahu jam tu cepat berapa minit. so saya ikut je lah jam tu pukul itu yer. apa yer yang saya buat hari ini???

apa lagi..kerja lah kan. pagi2 lagi saya dah kat Kajang. Mengejar submisson semalam yang pending disebabkan en.engineer tidak bagi submission PDC-1 dekat saya. silap saya juga sebab terlepas pandang..tapi nak salahkan engineer gak sebab dia sepatutnya tau lah saya nak submit memang kena ada benda tu..hehehe. Saya dah ada pengalaman dah untuk itu waktu submit kat Kuala Langat hari tu…tapi tu saya buat selamber…planner yang isi form PDC-1 tu…(mampus kalo bos tau)haha.eh..tapi waktu tu, engineer dia dah siapkan dokumen yer, cuma form jerk yang x isi..huhu. tapi kali ni memang 1 set x da..tapi x pe..en.engineer tu dah byk pengalaman kan..jadi setel lah masalah itu. eh..PDC-1 tu untuk kiraan sistem pembetungan tau. kena anto kat iwk…huhu

Dalam tengahari tadi, saya dapat call. Bertubi2 jugak call nya. Saya x sempat angkat sebab bateri hp x charge kan.Then…bila dah dapat cakap dgn caller tu…nak tau x sapa??? someone yang memang saya sangat kenal….panggil saya balik untuk Pilihanraya Umum.Hadoi!!! ingatkan ada yang urgent lah..hahaha….dan terus terpikir, dah nak pilihanraya ke? bila nya? saya memang x tau dah pasal politik2 ni…apa jadi dekat negara pun saya x tahu. Ana Rafali menang AJL pun orang lain yang bagitau kat saya..hahaha. Bukan saya x nak ambil tahu tapi memang x nak lah…hahaha… x pa lah…nanti bila dah tiba masa mengundi, saya mengundi yer. 🙂

Okeh la. Saya nak kemas2 ni.Nak balik dah. Ada orang ajak saya keluar malam ni.(macam tau2 je housemate outstation). Eh…dah bermalam2 saya x keluar kan? Ye lah..saya pun baru jer rasa nak sihat kan.

Eh..malam tadi saya keluar gak sekejap. lupa yer diri ?huhuhu…

okeh! sampai jumpa nanti ya! 🙂


:: Tanda oh tanda 5

Atau Bahasa Inggerisnya adalah tag…hehe. saya telah ditag oleh kak mas…boleh klik blognya di sini yer…

okeh…jom jawab soalan…

 

5 NAMA SAMARANKU
1. Adik
2. Chah
3. Kay
4. Cikcaca
5. Nor
5 TARIKH PENTING
1. Tarikh lahir saya
2. Itu sahaja
3. x da lagi dah!
4. ishhh…dah x da la…
5. next question plizzz
5 PERKARA AKU BUAT SEMALAM
1. Tidur
2. Makan ubat
3. Dinner ngn house2mate
4. Tengok cite korea x sampai separuh
5. Tengok AJL x habis
5 PERKARA BUAT ANDA GEMBIRA
1. dengar ibad bercakap
2. Baca UJANG
3. Entah…..
4. x da idea dah la….
5. apa lagi ek?
5 SEBAB JAWAB SOALAN
1. haha..sebab kak mas tag saya lah….
2. boleh hapdet blog yang sepi nih (ikut jawapan kak mas)
3. ulang alasan no 1 boleh?
4. erk.. baru no. 4 ka??
5. no other reason dah. surrender!
(hahah…sorry kak mas….tiru jawapan)
5 KAWAN UNTUK DITAG
4. zara
P/S:  macam nk tag kak mas lagi sekali lah…muahaha

:: Macam dah ok….

Tak da pa pun yang penting  nak share hari ni…bangun pagi tadi, keadaan diri masih lagi tidak berapa sihat. Macam makin teruk lagi ada.Tapi still lagi habiskan ubat. Then after zohor, masuk bilik..x lama lepas tu…hanyuttttt…..bangun2 tadi rasa macam dah ok. dan harapnya terus ok lah. sebab banyak lagi kerja yang menanti untuk menggunakan kudrat saya yang kecil ni. Bukanlah saya x boleh bergerak langsung tapi dalam keadaan not feeling well kan….semua benda jadi x seronok. Harap2 besok bekerja semuanya ok yer. doakan saya! 🙂

Tapi…kesan lebam di kaki saya masih lagi tidak surut. Berbekas lagi. Saya pun tak tahu lah mana datangnya lebam tu. Jiran saya kata tu kesan kena gigit pelesit…iya…memang seperti bekas gigitan. Saya pun x sedar bila adanya kesan tu. Sedar2 sudah ada kesan. Nak kata percaya, entah lah. Nak cakap x percaya pun  entah lah. Tapi orang cakap, masuk tempat baru kadang2 macam tu lah. Saya terima sahaja pandangan orang sekeliling. Tapi yang pasti saya percaya dengan ALLAH.Kalau betullah seperti yang dicakapkan… mintak saya dijauhkan dari gangguan anasir2 jahat tu yer. InsyaAllah…

okeh la..dah maghrib pun ni, saya berundur diri dulu yer 🙂

nanti saya update lagi sini dan mencuba untuk hari2…sampai nanti ya!


:: cuti sakit

Betul lah.bukan suka2 kan seorang doktor tu memberi cuti sakit kepada pesakit. memang dia dah faham kudrat pesakit tersebut untuk meneruskan kerja ke tidak.

Terkena kepada saya hari ini. hari ini saya mendeclarekan diri saya tidak sihat ala2 biasa2 sahaja. Tidak terlintas langsung untuk ke klinik. Tapi perasaan tidak sedap tu sudah terasa malam tadi. Tidur pun tidak nyenyak. Hendak mengejutkan mereka tidak sampai hati. Teringat pulak bila pagi akan ke ofis client. Alhamdulillah, berjaya juga ke ofis client untuk discuss. Kuatkan juga memandu. Memang tidak gunakan federal highway lah. Saya pusing guna NPE.

Turun daripada menara..badan saya sudah terasa semakin tidak sedap. Terduduk saya di bangku yang disediakan dengan seram sejuk. Kuat lagi memandu dan terus ke ofis. Bila naik tangga ofis semakin x sedap pulak rasanya, badan, perut…..letak barang terus pergi klinik bawah. Agak lama juga menunggu sampai terlelap. Masuk2 bilik doktor, and doktor pun check…dengan terusnya doktor cakap…’saya bagi mc terus balik rumah and berehat’. Berkeras x nk mc sbb dah terbayang keje yang menimbun. Doc pun nasihatkan diri, amek je mc ni…nanti x sihat balik rumah. awak boleh kan stop dari bekerja sekjap..huhuuh..erk…kena basuh ke aku ni?

Dengan degil hati, naik ofis, sambung buat kerja…tapi..betul lah kan,…doktor tu tau kta ni berdaya ke x….dengan telefon yg x berhenti2 bunyi..project itu dan ini ditanya..yelah kan…ramai yg tiada di ofis…kena lah backup mereka bila ada yg bertanya pasal project….tetiba rasa darah dah naik sampai kepala…makin berat kepala..ape lagi..isi form cuti then terus balik lah. maafkan nor yer semua….nanti nor dtg balik ofis..sudahkan yg lain..

eh…hari ni blood preassure saya dh ok.x da masalah untuk itu hari ini. Alhamdulillah kan…x mo lah muda2 ada sakit2 mcm tu kan….

Ni pun saya baru lepas bangun tidur…,ada 2 msj saya x baca. tersedar sbb bunyi msj lah tu. maaf yer…tertido td. semua ubat siap dimakan tghr td…yg pil, yg serbuk….semua lah….tp badan sy masih lg rasa tidak sedap. doakan besok semuanya ok yer. banyak keje sedang menunggu`saya  dekat  ofis.

Thanks Doc.Emma ( doktor panel) paksa saya cuti hari ni. Ok.Sampai jumpa nanti ya!


:: eh..rindu

Penyembuh Rindu

by: Diana Danielle ft. Mawi

 

 

best kan? jadi kalau rindu saya selepas ni..selain berdoa kita akan berjumpa satu hari nanti, dengar lah lagu ni juga. bukan saya ajak menjiwangkan diri yer..hehehe

Saya pun x tahu bila saya akan berjumpa awak, awak, awak dan awak semua. kalau dekat marilah datang menjenguk saya. Kalau jauh, kita berdoa yer nanti kita akan berjumpa lagi. Kalau awak-awak semua ada yang merindu saya (ada ke?), saya pun merindu awak semua….

‘Kenangkan lah saat indah sebagai penyembuh rindu’

Sampai jumpa nanti ya!