Daily Archives: February 9, 2011

:: Cerita Tentang Abang

Abang kandung saya…Muhammad Adam yer nama dia. Hanya beza 3 tahun saja dari saya. Bekerja di dalam angkatan tentera, sudah beristeri dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Wahhhh banggalah dia kalau tahu saya bercerita tentang dia.

X da…saya teringat mesej dia petang semalam yang menyuruh saya send gambar2 dia. Terpikir jap.. gambar apa ntah. Rupa2 nya gambar2 yang dia captured guna hp buruk saya tu.huhuhu. Cerita nya begini, kalau siapa2 yang tau, sehari sebelum raya cina hari tu, saya bergegas balik ke kampung di Beruas…Ncikk (opah cik) meninggal dunia. Kebetulan hari itu adalah hari Rabu. Jadi di kampung saya tu pasar lambak (kt sini panggil pasar malam) adalah setiap hari rabu dan di gelar Pekan Rabu.

Petang hari tu, saya bangun dari tido petang lah…bangun2 nampak abang saya duduk dekat sofa. Terus pergi dekat dia.Pegang hp.Sebab mesej dengan En.Hijas.Tetiba abang cakap, nak pegi Pekan Rabu.Dengan Atah.Okeh lah. Saya siap mengorder kuih dangai. Sebab saya tau dekat situ je saya reti cari kuih tu. Dan semua orang dalam rumah tu terliur dengar kuih dangai. Yelah…lama x makan kan. Then tetiba, abang cakap nak pinjam hp.Saya bagi lah…Rupa2nya, hp saya di bawa ke Pekan Rabu tanpa saya…Dan ini lah hasilnya gambar2 yang di captured oleh abang….

Dia nak ambil gambar suasana Pekan Rabu rupanya..nak bubuh dalam Fb…Adoyai!!

Saya pun membesar dengan pergi Pekan Rabu ni. dan ini antara menu yang popular kt sini.Rojak. Tapi kan…lost memoryl ah saya….saya memang x ingat pun pasal rojak ni..

Disebabkan gambar ini, kantoilah rupa2 nya deme lama2 dekat Pekan Rabu tu sebab makan laksa. Ha…kedai laksa ni saya ingat.Memang popular gak la. Tapi masalahnya….kuih dangai yang dipesan tu x dibelinya. Boleh plak deme ganti dengan apam balik. Bernas sangat lah tu..ada macam geram gak la sebab bukan saya sorang je nunggu kuai dangai tu…boleh dikatakan satu rumah lah…aleh2 apam balik yang diorg beli. huh…smpai pagi besok lah apam balik tu x abeh pun.

Itu lah abang saya..mom cakap kadang macam budak perangai dia walaupun dah beranak dua. Abang the only one anak lelaki kan…tu yang kadang macam2 sikit perangai dia. Lagi2 adik2 dia dah bekerja. Macam2 lah dia.itu dan ini.

Okeh lah! tu je untuk kali ni.

Sampai jumpa nanti ya!