Monthly Archives: February 2011

:: Blog Bertukar Tangan

Okeh…

Siapa2 yang rajin menjenguk ke sini…saya hendak mengumumkan….blog saya sudah bertukar adresss

Kalau rasa teringin nak baca lagi hasil membebel saya..jenguk lah ke sini yer..

http://noorkhamisah.blogspot.com

Jenguk2 lah saya di sana ya! Sebab saya akan ke sana sahaja lepas ni. Page ni akan saya datang jenguk juga. Nak lap habuk dan sawang.

Okeh! Jumpa di sana ya!


:: Cerita Tentang Abang

Abang kandung saya…Muhammad Adam yer nama dia. Hanya beza 3 tahun saja dari saya. Bekerja di dalam angkatan tentera, sudah beristeri dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Wahhhh banggalah dia kalau tahu saya bercerita tentang dia.

X da…saya teringat mesej dia petang semalam yang menyuruh saya send gambar2 dia. Terpikir jap.. gambar apa ntah. Rupa2 nya gambar2 yang dia captured guna hp buruk saya tu.huhuhu. Cerita nya begini, kalau siapa2 yang tau, sehari sebelum raya cina hari tu, saya bergegas balik ke kampung di Beruas…Ncikk (opah cik) meninggal dunia. Kebetulan hari itu adalah hari Rabu. Jadi di kampung saya tu pasar lambak (kt sini panggil pasar malam) adalah setiap hari rabu dan di gelar Pekan Rabu.

Petang hari tu, saya bangun dari tido petang lah…bangun2 nampak abang saya duduk dekat sofa. Terus pergi dekat dia.Pegang hp.Sebab mesej dengan En.Hijas.Tetiba abang cakap, nak pegi Pekan Rabu.Dengan Atah.Okeh lah. Saya siap mengorder kuih dangai. Sebab saya tau dekat situ je saya reti cari kuih tu. Dan semua orang dalam rumah tu terliur dengar kuih dangai. Yelah…lama x makan kan. Then tetiba, abang cakap nak pinjam hp.Saya bagi lah…Rupa2nya, hp saya di bawa ke Pekan Rabu tanpa saya…Dan ini lah hasilnya gambar2 yang di captured oleh abang….

Dia nak ambil gambar suasana Pekan Rabu rupanya..nak bubuh dalam Fb…Adoyai!!

Saya pun membesar dengan pergi Pekan Rabu ni. dan ini antara menu yang popular kt sini.Rojak. Tapi kan…lost memoryl ah saya….saya memang x ingat pun pasal rojak ni..

Disebabkan gambar ini, kantoilah rupa2 nya deme lama2 dekat Pekan Rabu tu sebab makan laksa. Ha…kedai laksa ni saya ingat.Memang popular gak la. Tapi masalahnya….kuih dangai yang dipesan tu x dibelinya. Boleh plak deme ganti dengan apam balik. Bernas sangat lah tu..ada macam geram gak la sebab bukan saya sorang je nunggu kuai dangai tu…boleh dikatakan satu rumah lah…aleh2 apam balik yang diorg beli. huh…smpai pagi besok lah apam balik tu x abeh pun.

Itu lah abang saya..mom cakap kadang macam budak perangai dia walaupun dah beranak dua. Abang the only one anak lelaki kan…tu yang kadang macam2 sikit perangai dia. Lagi2 adik2 dia dah bekerja. Macam2 lah dia.itu dan ini.

Okeh lah! tu je untuk kali ni.

Sampai jumpa nanti ya!

 


:: Entah..

Oh..saya dah tahap bosan ni. Tunggu orang. Janji pkul berapa dan sekarang dah pkul berapa? Rasa nak marah ja tapi malas lah nk start hari dengan marah2. Nanti satu hari spoil mood. Ini ke istilah janji melayu??

oh..saya x nak lah memburukkan orang melayu sebab saya  pun orang melayu. Dan kalau boleh saya x nak ada istilah mcm tu…tapi tu lah dia kan…ada jugak org yang nk mengiyakan dan menggalakkan ayat tu iaitu “Janji Melayu”…ermmmm

Konon2 janji pkul 9 sebab kalo janji pkul 10 orang akan datang pkul 11..kann?? betul x? Itu maknanya….orang yang membuat perjanjian pkul jam mcm tu…dia lah yang mcam tu. mengiyakan dan menggalakkan “Janji Melayu”….then jangan ingat orang semua macam tu. Saya bukan lah punctuality….sebab kdang2 saya terlewat juga..tapi saya tidak berjanji pkul jam sebegitu. if i said, u reach me at that time…i will untuk sampai ke pkul tu. kalo saya lambat, i will let them know….sebab saya faham..seksanya menunggu….

Okeh lah….saya harap2 jangan lah ramai2 menggalakkan ‘Janji Melayu’……kita yang create that phase and kta sendiri boleh mengubahnya

okeh! sampai jumpa nanti!


:: Macam-macam lah….

Kali ni, x da specific entry pun nak cerita, tapi saya nak jugak bercerita. Banyak benda nak cerita, tapi tu lah, konon2 jadual hidup macam ahli dewan rakyat, terkejar2 ke sana sini untuk memenuhi permintaan rakyat, meeting sana meeting sini…tu lah yang x sempat mengupdate dkt sini..keh2...alasan je semua tu yer diri….

Pertama saya nak cerita, cuti Chinese New Year saya ni melampau dari cuti hari raya saya sendiri..Seingat saya lah, waktu hari raya hari tu, ber cut-cut cuti saya. Saya dah cuti, then datang keje balik then sambung cuti balik. Dengan alasan, saya lah kampung yang paling dekat dengan ofis dan tiada planner yang ada. Okeh lah, saya pun bekerja dengan redha nya. Lagi pun waktu tu saya x berapa nak ada mood raya. Tapi Chinese New Year ni, bermurah hati plak boss bagi cuti sampaikan orang lain dh start kerja next week, PIR ni masih bercuti..apa2 pun..thanks lah boss. Saya tau, ni kesan2 boss tahan ktaorang sampai 2 pagi hari tu kan? Boss membebel dekat telinga saya dekat sejam kan? Sampai menitik gak lak air mata saya…kan boss kan..kan…kan….

Oh..yang kedua, saya nak cerita, saya sebenarnya tangah tggu turn jumpa doc ni. dah buat appointment. ramai pulak pesakit dia hari ni. Tu yang saya sempat menulis dekat sini.hahaha. okeh lah…itu je cerita untuk hari ni.

Saya nak pergi jumpa doc dulu ya! sampai nanti ya!