:: Engkaulah Gadisku..

Gadisku….

Bila engkau berkenalan dengan seseorang yang engkau tidak pernah tahu kewujudannya sebelum ini, berterima kasih lah engkau kerana Allah telah menghadiahkan sesuatu kepadamu. Bila engkau sudah mulai menyayangi seseorang itu, bersyukurlah Allah telah memberikan kamu satu perasaan yang suci. Janganlah kamu dustai hatimu itu.Jagailah perasaanmu itu wahai gadisku kerana kasih sayang itu sukar diwujudkan dan sukar untuk semua orang memilikinya.

Tetapi gadisku,

Apabila engkau sudah menyayangi seseorang itu, berpada-padalah engkau dalam menyayanginya wahai gadisku. Janganlah engkau menyayangi dirinya lebih daripada tuhanmu. Janganlah engkan menjauhkan diri dari penciptamu. Janganlah engkau mulai mengikari penentu takdirmu itu gadisku. Jangan sesekali berbuat sebegitu gadisku. Sesungguhnya Dia akan berjauh hati darimu. Kerana engkau telah melupakan bahawa Dia lah yang menghadiahkan seseorang itu kepada engkau. Kerana Dia lah yang memberi perasaan suci itu kepada engkau.

Gadisku,

Disebabkan seseorang, engkau telah menjarakkan dirimu dengan Dia. Engkau sudah berkira waktu untuk mengahadapNya. Nauzubillah…gadisku, janganlah jadi begitu. Sesungguhnya Dia lagi menyayangi dirimu dari seseorang yang telah dipinjamkan kepadamu. Dia terlalu menyayangimu dan menarikbalik hadiah yang diberi kepadamu gadisku. Kerana disebabkan hadiah itu engkau telah menjauh dari Dia…oh gadisku..

Dan gadisku,

Fikirlah kembali apa yang berlaku kepadamu kini setelah orang yang engkau sayang itu tiada lagi dalam hidupmu. Segala perkara yang kurang enak ditanggungi dirimu bersendiri tanpa seseorang yang pernah dirimu sayangi. Ketika engkau dibebani, disakiti..di manakah seseorang itu wahai gadisku? Adakah dia juga menanggung kesan sepertimu?Engkau sahaja yang bersusah2 menanggung bebannya dan seseorang itu tiada ambil tahu. Adakah itu terjadi kepadamu kini wahai gadisku??

Ingatlah gadisku..

Burukkah engkau, sopakkah engkau, cacatkah engkau, hanya ALLAH sahaja yang bersamamu. Bersyukurlah kepadaNYA atas perasaan yang dipinjamkan sekejap kepadamu. Dan ingatlah gadisku, kembalilah kepadaNYA. ……

 

 

Advertisements

About noorkhamisah

happy..happy...touchy... View all posts by noorkhamisah

2 responses to “:: Engkaulah Gadisku..

  • deqnoor

    DN like this… ^_^

  • Kim Kardashian Teases andquot;Provocativeandquot; Super Bowl Ad

    Apabila engkau sudah menyayangi seseorang itu, berpada-padalah engkau dalam menyayanginya wahai gadisku. Janganlah engkau menyayangi dirinya lebih daripada tuhanmu. Janganlah engkan menjauhkan diri dari penciptamu. Janganlah engkau mulai mengikari penentu takdirmu itu gadisku. Jangan sesekali berbuat sebegitu gadisku. Sesungguhnya Dia akan berjauh hati darimu. Kerana engkau telah melupakan bahawa Dia lah yang menghadiahkan seseorang itu kepada engkau. Kerana Dia lah yang memberi perasaan suci itu kepada engkau.
    +1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: