:: suara itu berbisik…

menahan geli sebab ikan tu dah mula nk kerumun tangan…….

iya….cemerlangkan? start entry akhirnya dengan gambar sendiri.kan? ye la.sebab saya bukan satu itu sahaja gambar yang ada untuk dikongsi tapi sebab hendak pilih gambar tu macam lambat sikit kan..dengan alasan2 biasa seperti x de masa, cable untuk transfer x de di sebelah, gambar tu dah transfer tapi dalam pc lain…alasan dah macam basi je kan? mm..biasala..laptopless macam tu la kan..hendak beli lain x mampu…huk3

ok.back to topic entry tu…mm…ceritanya begini….

tipu!! mana ada cerita apa2 pun.haha. saja je bubuh tajuk macam itu. macam misteri ape je kan ada suara2 berbisik ni. ok lah.kali ni entry lebih ikhlas yer untuk dikongsi.

sedar x sedar sudah hampir setahun saya membujang. haippp…..selama ni x bujang ke? selama ini pun bujang jugak la tapi ada la jugak tempat hendak bermanja2 dan mengada-ngada.hahaha. teringat pulak dekat semua2 yang ada dulu. apa khabarmu di sana? eh…bukan merindu yer.sekadar mengingati. tapi tiba-tiba ada pulak yang muncul kembali….siapakah itu??? tiba-tiba rasa macam hendak buat statement ‘ my ex-bf is my bf’…boleh ke? for sure ramai yang mencangkul saya nanti kan? hahaha.xpe2.jangan risau.hati saya lebih kepada..’boleh kita berkawan sampai bila-bila?

so abang……..ehem2…jangan nakal2 yer! jangan main bisik-bisik tengah malam yer…( amaran keras dari ayang)’ (cehh..berabang ayang lagi ke??)

abaikan kalau ada gambar yang tidak menyenangkan yer…

ok lah..sebenarnya saya nk cerita, apa yang hati sudah bisik-bisik untuk tahun depan. hati je la yang berbisik ya.belum lagi diluahkan. antara bisikan-bisikan yang ada ialah…kumpullah duit untuk dibuangkan yer tahun depan. bukan untuk simpanan. sudah terfikir-fikir saya..duit yang bakal terbang sepanjang tahun depan.hampir setiap bulan yer.so..wahai hati..jangan cuba untuk berbisik untuk simpan duit yer atau fikirkan duit yang melayang..sebab macam2 hal akan berlaku tahun depan…hohoho

saya rindulah dua orang jejaka ini.sudah lama x jumpa.rasanya last adalah hari raya hari itulah. sabar yer..besok boleh jumpa dah…eh..saya dapat ahli keluarga baru. so keluarga saya yang kecik ni sudah bertambah yer.sy belum jumpa lagi budak kecik itu. saya panggil dia baby auni.sebab mama bubuh nama dia AUNI. nantilah..bila sudah jumpa dia saya upload gambar dia dekat sini yer! x sabar rasanya. cerita pasal baby, kawan baik saya pun dah dapat baby dia.apat la tu. pun saya masih tidak berkesempatan hendak melawat baby Aisyah. sabar ye..dalam next week acik pergi tengok baby Aisyah. dengan uncle ahem…harap2 la plan ini menjadi..mungkin entry akan datang akan cerita pasal baby.mungkin? jangan tertunggu2 pulak.saya x janji.hahaha

sila abaikan perkara-perkara yang tidak cantik disebelah saya tu

saya hendak memasak.tapi dah x de orang nk makan masakan saya dah.mm..mungkin la agaknye. hendak makan makanan kt kedai pun saya sudah tidak ade idea dah.kalau saya masak, mesti akhirnya buang jugak sebab tak berbaloi sekadar saya yang makan. bukan lah maksud saya masak dalam kuantiti banyak..saya masak sedikit pun tetap tak habis. jadi..kesimpulannya, saya tetap makan apa yang saya beli di kedai jerk. resepi2 yang saya cuba hendak buat tu saya simpan je la.mungkin satu hari nanti betul2 dah ada orang nk makan masakan saya baru saya masak.kan?

haha..pun sila abaikan interior rumah saya ni yer..itu bukan saya tengah karoke yer tapi tengah minum air.

ok lah. saya macam dah habis idea dah untuk kali ini. maaf lah gambar-gambar saya tiada kene mengena dengan tajuk entry dan tajuk entry pun tiada kena mengena dengan apa yang saya cerita. kesimpulannya saya hanya merapu sahaja untuk kali ini. tp macam saya bagitau..ini adalah entry yang ikhlas!

ok.sampai jumpa nanti! jangan sunyi dari menjenguk di sini yer…

akhirulkalam..

-WASSALAM-

Advertisements

About noorkhamisah

happy..happy...touchy... View all posts by noorkhamisah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: