Monthly Archives: November 2009

DieT & KuMPuLaN DaRah~~~~

Menurut Dr Adamo, ciri khas golongan darah O:

Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
Mudah mengadaptasi berbagai makanan
Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan untuk kumpulan darah O:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Ciri khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis A:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis B:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis AB:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

 

 


SuRaT CiNTa SeoRaNG RoCKeR~~~

Salam,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!
MySpace

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu “antara gadis” masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua  dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu! Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu.

Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,

Rockersejati

p/s: JUST FOR FUN MySpace


keluarga..

22092009042

Gambar family aku waktu hari raya hari tu…ni gmbar dekat kampung mumy aku kt perak..adek beradek mumy aku ckit je..4 org and mumy ala2 bongsu…

tgh mkn tghr secara beramai2 dan makan di brandar rumah dgn alasan ruang dalam rumah x muat (padahal x nk kotorkan karpet)…

yang x de dlm gmbr ni..

i. pakwe(abg mumy y sulung)+makwe+yong pilah+suami yong+nafila

ii.acu + deknor (sbb diorg tukang t angkap gmbar)

iii.udi+kak piza+ibad (sbb diaorg kat lambor)

iv.kakak+abg wan (sbb diaorg blk kelantan)

so…bil y ada+bil y x de=28 org..

hehe…ckit nye bilangan…tu pun dah plus2 ngn menantu2..kalo kira cucu je ade la beberapa kerat..

perkataan terakhir: yang penting kualiti..bukan kuantiti…=P


main-main ofis..

30 oct 09…hr last si y aka huwaidah praktikal kt opis ni..sedar x sedar dh 6 bulan dh dia ade kt opis ni..hehehe…dh mcm2 keje dh dia wat termasuk la mendesign detail area projek taiping y tgh aku wat ni…hehehe

hr last tu..dia cbuk nk bergambar dgn semua org..idea nk snap gmbr tu tercetus…aku la y bg idea..hehe..tu pun tgh org wat service aircond and kipas kt opis ni..tu y tgh2 wat keje stop skjap smntara org tu siap service benda2 alah tu…so dr melanguk x wat ape..baik main tangkap2 gmbr…hehehe

DSC03082si y dgn kak g..kak g tgh cr namecard sape ntah..dtgh duduk bwh meja lak 2..

DSC03107y dgn aku..

DSC03087y dgn kak zana..

DSC03084y dgn dayah kaco kak aida..

DSC03098dgn kak pus..dua2 kontrol ayu..menyampah aku..hehe

DSC03095akhirnya ade muka krol…y selalu ktaorg lupakan sb dia sorg je staff lelaki..

DSC03086org tgh cuci kipas…hehe


erk….syaitan..

Jenis-jenis syaitan yg ada disekeliling kita

 

” Umar Al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun – duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda manusia supaya berbelanja lebih dan membeli barang-barang yg tidak perlu.

2. Wathiin – pergi kepada org yg mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap ALLAH.

3. A’awan – Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf – berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri org yg berada di tempat2 maksiat.

5. Murrah – Merosakkan dan melalaikan ahli dan org yg sukakan muzik sehingga lupa kpd ALLAH. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.

6. Masuud – duduk di bibir manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dr kata2 mulut.

7. Daasim ( Berilah salam sebelum masuk ke dalam rumah walaupun tiada org di dalamnya ) – duduk di pintu rumah kita. Jika kita tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga, suami isteri cerai berai, suami bertindak ganas memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai lg.

8. Walahaan – menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat yg lain.

9. Lakhuus – Merupakan sahabat org Majusi yg menyembah api/matahari.

Dan yg akhir-akhir ni yg paling teruk!

10. Isetan – sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi.

Kebaikan – memberi potongan harga pada karnival jualan.
Keburukan – melalaikan manusia dengan bershopping sehingga lupa
waktu sembahyang dan lupa yg lakinya tgh tggu kat
kereta.

11. Hindusetan – Ni mereka2 yg menonton crita hindustan sampai masuk waktu sembahyang, masih menyonggol depan tv… kepala kluar tanduk, tak sedar….. jadilah hindusetan.

12. Santan – Yg ini aje nmpknya berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak. Tp banyak guna santan, naikla kolesterol pastu dpt penyakit kronik spt darah tinggi dan sakit jantung. Hmm…

Renungkan…..


Doa… =)

Waktu-waktu Doa Mustajab


# Di tengah malam atau sepertiga malam yang akhir

# Selepas solat fardu

# Berdoa di tempat sunyi supaya khusyuk

# Ketika dalam peperangan atau darurat

# Ketika sujud

# Ketika dizalimi orang

# Ketika musafir

# Bapa mendoakan kebaikan anak

# Ketika wukuf di Padang Arafah

# Selepas solat Subuh sebelum terbit matahari

# Selepas solat Asar

# Ketika mahu berbuka puasa

# Ketika sakit

# Doa pada malam Lailatulqadar

# Doa pada malam Jumaat

# Doa dalam Masjidil Haram

# Berdoa dalam Masjid Nabawi (terutama di Raudhah)

# Berdoa di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis

# Apabila khatam membaca al-Quran

# Doa raja yang adil

# Doa anak yang taat kepada ibu bapa

# Doa ketika tawaf mengelilingi Kaabah

# Berdoa dekat Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah) di Masjidil Haram

# Berdoa di belakang makam Nabi Ibrahim di Masjidil Haram

# Berdoa di Hijr Ismail

# Berdoa di mana juga masjid kerana ia rumah Allah

# berdoa di antara khutbah pertama dan kedua ketika solat Jumaat

 

p/s: berdoalah setiap masa kerana sesungguhnya Allah sentiasa mendengar =)


amira bariza saya…

dah besar dah lg sorg cucu nenek (a.k.a mummy sy)…cucu adhoc..hahaha…

amira bariza.. muka mcm anak cina..nenek ckp ikut muka ayah tp kulit putih mcm umi..nenek jaga dia dari umur dia lepas pantang and now dia dh nk masuk 2 tahun on 2010 nnt..ni la kawan nenek bila nenek sorg2 kt umah..bila umi ngn ayah g keje..cucu nenek jauh so nenek pnjam cucu org lain..ahaha

DSC00004ramadhan 2009

DSC00021bariza dan ibad adfi…

DSC03026bariza ngan acik…