:: Blog Bertukar Tangan

Okeh…

Siapa2 yang rajin menjenguk ke sini…saya hendak mengumumkan….blog saya sudah bertukar adresss

Kalau rasa teringin nak baca lagi hasil membebel saya..jenguk lah ke sini yer..

http://noorkhamisah.blogspot.com

Jenguk2 lah saya di sana ya! Sebab saya akan ke sana sahaja lepas ni. Page ni akan saya datang jenguk juga. Nak lap habuk dan sawang.

Okeh! Jumpa di sana ya!

Advertisements

:: Cerita Tentang Abang

Abang kandung saya…Muhammad Adam yer nama dia. Hanya beza 3 tahun saja dari saya. Bekerja di dalam angkatan tentera, sudah beristeri dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Wahhhh banggalah dia kalau tahu saya bercerita tentang dia.

X da…saya teringat mesej dia petang semalam yang menyuruh saya send gambar2 dia. Terpikir jap.. gambar apa ntah. Rupa2 nya gambar2 yang dia captured guna hp buruk saya tu.huhuhu. Cerita nya begini, kalau siapa2 yang tau, sehari sebelum raya cina hari tu, saya bergegas balik ke kampung di Beruas…Ncikk (opah cik) meninggal dunia. Kebetulan hari itu adalah hari Rabu. Jadi di kampung saya tu pasar lambak (kt sini panggil pasar malam) adalah setiap hari rabu dan di gelar Pekan Rabu.

Petang hari tu, saya bangun dari tido petang lah…bangun2 nampak abang saya duduk dekat sofa. Terus pergi dekat dia.Pegang hp.Sebab mesej dengan En.Hijas.Tetiba abang cakap, nak pegi Pekan Rabu.Dengan Atah.Okeh lah. Saya siap mengorder kuih dangai. Sebab saya tau dekat situ je saya reti cari kuih tu. Dan semua orang dalam rumah tu terliur dengar kuih dangai. Yelah…lama x makan kan. Then tetiba, abang cakap nak pinjam hp.Saya bagi lah…Rupa2nya, hp saya di bawa ke Pekan Rabu tanpa saya…Dan ini lah hasilnya gambar2 yang di captured oleh abang….

Dia nak ambil gambar suasana Pekan Rabu rupanya..nak bubuh dalam Fb…Adoyai!!

Saya pun membesar dengan pergi Pekan Rabu ni. dan ini antara menu yang popular kt sini.Rojak. Tapi kan…lost memoryl ah saya….saya memang x ingat pun pasal rojak ni..

Disebabkan gambar ini, kantoilah rupa2 nya deme lama2 dekat Pekan Rabu tu sebab makan laksa. Ha…kedai laksa ni saya ingat.Memang popular gak la. Tapi masalahnya….kuih dangai yang dipesan tu x dibelinya. Boleh plak deme ganti dengan apam balik. Bernas sangat lah tu..ada macam geram gak la sebab bukan saya sorang je nunggu kuai dangai tu…boleh dikatakan satu rumah lah…aleh2 apam balik yang diorg beli. huh…smpai pagi besok lah apam balik tu x abeh pun.

Itu lah abang saya..mom cakap kadang macam budak perangai dia walaupun dah beranak dua. Abang the only one anak lelaki kan…tu yang kadang macam2 sikit perangai dia. Lagi2 adik2 dia dah bekerja. Macam2 lah dia.itu dan ini.

Okeh lah! tu je untuk kali ni.

Sampai jumpa nanti ya!

 


:: Entah..

Oh..saya dah tahap bosan ni. Tunggu orang. Janji pkul berapa dan sekarang dah pkul berapa? Rasa nak marah ja tapi malas lah nk start hari dengan marah2. Nanti satu hari spoil mood. Ini ke istilah janji melayu??

oh..saya x nak lah memburukkan orang melayu sebab saya  pun orang melayu. Dan kalau boleh saya x nak ada istilah mcm tu…tapi tu lah dia kan…ada jugak org yang nk mengiyakan dan menggalakkan ayat tu iaitu “Janji Melayu”…ermmmm

Konon2 janji pkul 9 sebab kalo janji pkul 10 orang akan datang pkul 11..kann?? betul x? Itu maknanya….orang yang membuat perjanjian pkul jam mcm tu…dia lah yang mcam tu. mengiyakan dan menggalakkan “Janji Melayu”….then jangan ingat orang semua macam tu. Saya bukan lah punctuality….sebab kdang2 saya terlewat juga..tapi saya tidak berjanji pkul jam sebegitu. if i said, u reach me at that time…i will untuk sampai ke pkul tu. kalo saya lambat, i will let them know….sebab saya faham..seksanya menunggu….

Okeh lah….saya harap2 jangan lah ramai2 menggalakkan ‘Janji Melayu’……kita yang create that phase and kta sendiri boleh mengubahnya

okeh! sampai jumpa nanti!


:: Macam-macam lah….

Kali ni, x da specific entry pun nak cerita, tapi saya nak jugak bercerita. Banyak benda nak cerita, tapi tu lah, konon2 jadual hidup macam ahli dewan rakyat, terkejar2 ke sana sini untuk memenuhi permintaan rakyat, meeting sana meeting sini…tu lah yang x sempat mengupdate dkt sini..keh2...alasan je semua tu yer diri….

Pertama saya nak cerita, cuti Chinese New Year saya ni melampau dari cuti hari raya saya sendiri..Seingat saya lah, waktu hari raya hari tu, ber cut-cut cuti saya. Saya dah cuti, then datang keje balik then sambung cuti balik. Dengan alasan, saya lah kampung yang paling dekat dengan ofis dan tiada planner yang ada. Okeh lah, saya pun bekerja dengan redha nya. Lagi pun waktu tu saya x berapa nak ada mood raya. Tapi Chinese New Year ni, bermurah hati plak boss bagi cuti sampaikan orang lain dh start kerja next week, PIR ni masih bercuti..apa2 pun..thanks lah boss. Saya tau, ni kesan2 boss tahan ktaorang sampai 2 pagi hari tu kan? Boss membebel dekat telinga saya dekat sejam kan? Sampai menitik gak lak air mata saya…kan boss kan..kan…kan….

Oh..yang kedua, saya nak cerita, saya sebenarnya tangah tggu turn jumpa doc ni. dah buat appointment. ramai pulak pesakit dia hari ni. Tu yang saya sempat menulis dekat sini.hahaha. okeh lah…itu je cerita untuk hari ni.

Saya nak pergi jumpa doc dulu ya! sampai nanti ya!


:: Tag—> Siapa Kau?

Hendak membuat kerja tapi mengantuk. Bukak blog.Tengok blog kawan2. Rupa2 nya saya di tag oleh Shaida….ok..jomm layan tag!

Eh…japp…

Saja je..nak ajak tengok gambar saya dulu…. ;P

okeh2…jomm sambung menjawab soalan…

1.   SIAPA KAU SEMALAM?

oh..semalam saya jadi town planner lah. Start dari pavillion lepas tu pegi Hulu Langat lepas tu sampai ofis. Sampai malam….Lepas tu jadi housemate2 lah kepada mereka2…

2.   SIAPA KAU TAHUN LEPAS?

emm..tahun lepas ek? 2010 lah ni yer? 6 month i’m being a scientist. Resigned. Then get my job that i’m in. Town Planner until now. Yeah! I love my job and my career right now. ooppss….sorry to my future husband. i don’t have any plan to send resignation letter at my boss’s desk. 😛

A friend for  someone tapi sekarang tidak lagi 🙂

3.   SIAPA KAU 5 TAHUN LEPAS?

erk..2006 ke? 3rd year in utm..rasanya lah..ingat x ingat..JKM Kolej 11 …jawatan x ingat lah..Wifey to be for someone that i’m love tapi jodoh kami tiada…ish2….sedih kan? Ingat lagi..keliling kawan2 yang menemani saya sehingga saya stabil dan waras.thanks kawan2!

4.   SIAPA KAU 10 TAHUN LEPAS

Mak aihh…pening malam2 nk mengingat tahun2 ke belakang ni….2001 yer??? SPM candidate lah konon2 nye….so exam!!!

5.   SIAPA KAU DI KALANGAN KAWAN2?

Eh..tanya lah kawan2 saya.kenapa ty saya? Diaorg yang menilai saya..heheh

ok lah..maybe  saya ni seorang yang happy, banyak cakap, main belasah je. x serius but sometimes bit emo lah. tu utk kawan2 yang sangat rapat dgn saya. Mostly, they easy to share something with me. Itu mungkin hasil lakonan mantap saya untuk menjadi good listener..kah2.  i appreciate all of them

6.   SIAPA KAU DI RUMAH?

Kakak yang garang.Garang ke? x da lah but kasar ckit lah dgn adik. I’m not going to show her that i love her. Ego sikit di situ…huahua.

Anak yang x berapa nak rajin. Hasil manjaan mummy. Sehingga sekarang x berapa nak bijak menguruskan rumah dan tangga..

Adik yang manja ckit…ckit lah…tapi selalu gak.keh2..

Acik yang suka bercerita dan bernyanyi kepada anak2 buah. Menari adalah selalu. Rosak2 anak2 buah aku…ngeh2

7.   SIAPA KAU KALAU BERCINTA?

Always be follower, bukan dominant, merajuk? mungkin tp senang je untuk dipujuk. Penuh dengan kasih sayang…hahaha.not too jelousy, flexible, ape lg ek????tapi…jangan dimaki2 sbb saya terlalu sensitif with caci maki..

8.   SIAPA KAU KALAU MARAH?

erk…camne nak marah kalau bila saya marah x da pun yang takut..huhu.

9.   SIAPA KAU 5 TAHUN AKAN DATANG?

mummy kepada 2 orang anak..ok x? heheh..nak dua2 perempuan…kah2…berangan lah yer diri! hakktuiii

10. SIAPA KAU TAG LEPAS NI??

hahaha…ni lemah ni….okeh lah…semua orang yang berada di dalam list kawan2 blogger saya. Yang x da pun boleh…mana2 yang rajin view page ni lah…

Dan ini lah budak yang tag saya untuk malam ini…

okeh! sampai jumpa nanti!


:: Yang mana satu idaman kalbu?

Awk suka yang mana? Yang full cream ke yang strawberi? Kalau saya…saya suka dua2.hahaha.Tapi boleh ke nak amek dua2 sekali? Boleh je kan kalau selagi perut x kembung dan tekak nak terima lagi susu… 😛

ha..pilih2. Saya dah mula rambang mata dah ni…semuanya cantik2. Rasa nak ambil semuanya….boleh x? hahaha…Warna yang hendak x da menarik. Warna yang lain pulak yang lagi cantik..Lagi2 ada penghasut yang mengataka warna saya tu x cantk….hukhukhuk

Ni lah muka penghasut tu…yang cakap warna pilihan saya x cantik. cisss!! tapi apa yang dia pegang tu saya yang berkenan dulu..hehe

Saya suka juga yang ini. Cantikkan letak kt patung tu. Tapi dekat saya x lah..muahaha

Eh….saya x da nak buat pengumuman apa2 dekat sini yer. Jangan bersangka apa2 yer. Saya belum nk buat pengumuman apa2. heheheh. Saya hanya berjalan2 dan melihat jenis2 fabrik dan mencuba untuk memilih sendiri. My mom cakap, saya dah besar…saya kena menguruskan pakaian saya sendiri. Termasuklah dalam membeli baju2 kewanitaan ini. Itu lah saya pergi tengok sendiri dan mencuba untuk memilih sendiri..hehe

Sebelum2 ni..saya jarang memilih kain2 ela untuk sendiri. Saya akan pakai jer apa yang dibelikan untuk saya atau saya bayar sahaja apa yang dipilih untuk saya. Untuk sekarang, saya mencuba untuk memilih kain sendiri, warna pilihan sendiri. Tapi tu lah…baru test2 dah si penghasut tu cakap apa yang saya berkenan x cantik…hahahah…Saya pilih ikut warna pilihan saya lah kan..Tapi bagus jugak..untuk saya yang x berapa nak pandai memilih ni ikut nasihat si penghasut tu :p

Hahaha….ini saja jer dah. x da kena mengena dengan pilihan hati. Saja ja. Semuanya cantik2 lah. Tinggal ada RM ngn x da ja…Ada x orang nak sponsor dekat saya ni? Ehem2..ke kena beli guna duit sendiri gak? Ke kain2 ni x da dalam senarai tajaan or hadiah?hahaha..

Ok lah. Saya dah habis dah memilih yang mana satu idaman kalbu saya. Tapi saya x menggrabed apa2 pun lagi.huahuahua….Siapa cakap buat pilihan tu senang dan siapa cakap memilih tu sangat susah. eh?? jadi senang ke susah?

Sebenarnya, kalau kita tahu apa yang kita nak, kita x kan susah membuat pilihan. Cuma kita kena berhati-hati dalam memilih. Kadang-kadang kita rasa pilihan kita tu adalah yang terbaik tapi kita x sedar, pilihan kita tu lah yang sangat buruk bagi kita. Jadi…dalam memilih, jangan ikut sedap hati jer yer. Take note juga pandangan yang orang sekeliling kita. Dan kalau kita sabar dalam memilih, yang terpilih itu lah yang ‘ngam’ dengan kita.kan?

Ok…Yang Mana Satu Idaman Kalbu Saya?….Dia ada nunnnnnnn sana……..:P

Sampai nanti ya!

 


:: Ada ke kerja senang?

Aah..ada ke? Orang cakap, if we concentrate and  enjoy to do that….it will be more easier. Betul ke? Mungkin ada betul jugak kan penyataan tu kan. Tapi kalau kita seronok dengan kerja yang kita buat tu, but still jugak susah..macam mana yer? Ala….senang je tu..maknanya kita kena banyak lagi belajar dan bersungguh2 dalam menyudahkannya…kan? betul x? (apa daa…..sendiri tanya, sendiri jawab ka???)

 

Oh….jadi maknanya, saya tidak bersungguh2 lah dalam menghabiskan cerita korea yang saya tengah tengok sekarang ye? mmm….patut lah saya x sudah2 lagi tangok drama korea ni. ishh….x boleh jadi ni, orang lain dah masuk ntah apa2 cerita, tapi saya, cerita yang dah berlapuk..ntah tahun2 zaman belajar UTM dulu, still lagi x habis2 tengok. Saya kena habiskan tengok cerita ni..huk2..Baru lah saya rasa lega bila kerja saya dalam menghabiskan drama siri korea ni selesai. huahuahau

x da lah..saya teringat kerja-kerja di ofis yang semakin lama semakin banyak fail yang patut duduk atas meja saya. Diaorang cakap buat LCP tu senang. x sesusah orang buat layout. Pendapat saya pulak, semua kerja sama sahaja. Sama2 senang dan sama2 susah. Mungkin kalau di ofis saya tu, orang buat LCP seperti saya ni selalu tidak kena hentam dengan bos dan disebabkan itu mereka kata LCP senang.

 

Cerita nya begini…..yang jadi bos x marah orang buat LCP ni sebab dia x cek LCP2 yang ada. Bos hanya fokus kepada layout. Itu lah sebab orang2 LCP ni jarang kena…akan tetapi….orang2 seperti saya ni tetap juga kena marah apabila ditanya pasal site dan saya tidak boleh menjawab ( perkara ni selalu berlaku apabila bukan saya yang pergi site…) Dan lagi satu, orang2 LCP inilah yang akan check all the documentation. Itu yang jadi meja bersepah dengan fail

 

Memang susah kita nak jumpa kerja yang mudah. Sama susah sahaja orang yang sediakan layout dan LCP. Orang yang prepare layout akan bermain dengan guidelines. Kena buat calculations untuk kemudahan2 yang patut disediakan. Kena pandai proportionate kan layout agar nampak berkualiti. Orang yang prepare LCP pula kena bermain dengan dasar2 dan strategi. Kena pilih dasar mana yang patut kita rujuk. Kena buat analisis tapak. Kena goreng apa itu potensi dan halangan. Kena bagi view projek apakah itu supaya orang paham. kan? sama je susah dan senang kerja masing2. Jadi jangan fikir hanya diri sendiri sahaja yang buat kerja banyak walhal semua orang kerjanya sama banyak…

 

Eh…saya kongi perkara di atas ni sebab saya macam marah dekat diri saya sendiri. Banyak lagi projek2 tertunda. Semuanya kena kejar submission sebelum Chinese New Year. Sempat ke saya berlari kuat2 ni. Tapi saya x berkualiti lah…sebab keadaan tubuh badan saya masih tidak sihat sampai sekarang. Keadaan saya semakin hari semakin kurang air dalam badan. mm….saya minum air masak sampai rasa nak terkucil banyak2 adalah…tapi sama gak ending nyemmm…..boleh dikatakan hari2 bibir saya berdarah dan sampai pukul skrg ni pun iaitu 2.13am jam laptop ni, bibir saya still lagi berdarah…mm.

 

eh…okeh la..saya nak cerita benda lain tapi cite lain plak yang saya keluarkan hari ni..Sampai jumpa nanti ya!